shoutbox

Friday 27 November 2015

Sabar.

 Assalamualaikum. night all! korang macam mana hari ni? ok ke mood? Anna, hari ni tak keluar pon la pi mana². hari ni dok umah, kemas umah ja.



  thanks kepada Ayna ya kerana memilih tajuk entry pada kali ini, iaitu sabar melalui email. (mula² dapat tahuk ni, terpikiaq jugak apa nak tulis. dah dok umah ni, tetiba idea mencurah datamg macm pelangi lepas hujan.



  sabar. sabar ni ada tahap maksimum dia. semua orang sabar. tapi sampai satu tahap!mrah juga. contohnya Anna sendiri dah buat eksperimen tadi. dalam umah ja layan kerenah adik² tersayang yang macam bini tarzan ni. hehe...



 setiap orang memerlukan sifat sabar dalam diri. lagi lama sabar,lagi bagus, kan ? sabar perlu ada untuk layan kerenah anak,ibu bapa,guru², sahabat, adik,waima untuk diri sendiri dalam menghadapi masalah yang nampak mudah,tapi susah nak mati unyuk di settlekan.



yang jenis cepat panas tu... pandai² la korang jadi seorang yang penyabar,eah?

sapa ada cita² nak jadi seorang guru?

kalau anda bukan seorang yang penyabar, silalah tukar cita² kepada yang lain ye. kesian bebudak tu rajin kena marah. dah la anak orang. (huehehe)



 penyabar vs panas baran


 yang ni dasyat. and, believe me, hangpa yang panas baran tu, kalau hampa main lawan cakap dengan orang penyabar (slagi tak sampai yg maksimum punya la) dorang tetap menang sebab dorang rasional bukan emotional.


 bak kata orang, Al sobaru minal iman... sabar itu separuh daripada iman. :)


 selalunyalah, orang yang tenang ni, iman dia power, hati dia tabah, fikirannya tenang sekali.dan selalunya jugak, orang macam ni, senyum tak lekang dari bibir.

agak² orang yang tenang dan sabar ni berapa kali terobek hatinya ya?

tepuk dada, tanya hati :)


 "sabar itu separuh daripada iman. hilang sabar, hilanglah separuh iman itu."

 tak rasa rugi ke hilang sabar?

♥ ibu ayah bising, sabar. dengar betul². marah² sayang
♥adik hingaq, pun sabar. tak guna marah, degil!
♥cikgu marah, sabar. jangan dimaki.
♥sahabat buat perangai, relaks. advice elok²
♥masalah berlunguk, sabar. jangan tau nagih ja. settle leklok tengok. mcty boleh.


tak ke mudah kalau kita sabar je? Allah pun permudahlan urusan kita. hati senang jiwa pun tenang. tak gitu?


baiklah.
itu saja setakat ini.
terima kasih yang lawat & comment blog ni.
syukran :)
Assalamualaikum.
Gud Night♥

Thursday 26 November 2015

Cantik.

Assalamualaikum. night all! fuh! agak penat hari ni sebab hari ni Anna picnic dengan family dan kemas bilik. pergi pantai tadi, fulamak memang syok habis! ye la, pantai tempat yang dekat dengan rumah Anna tapi payah nak pi.


disebabkan Anna pegi pantai hari ni, jadi Anna nak ambik tajuk "cantik" untuk entry kali ini.

kenapa "cantik"?

sebab ia sinonim dengan pemandangan pantai yang indah,syok,bersih, aman lagikan damai.


Ya Allah, tadi tengok pantai, rasa tenang gila. (nak tunjuk pic pantai yang diambil tadi, tapi, tak tau nak upload macam mana kat blog :p) seronok ja tengok ombak.


banyak benda yang boleh dikatakan selalunya jugak, perkataan cantik ni sinonim dengan perempuan. juga haiwan² yang ada.tak terfikir ke, kenapa Allah jadikan semua itu?



well, pada pandangan salah seorang sahabat , kitq sewajarnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. tak rasa pelik ke kalau tak ada ciptaan yang cantik dari Allah?



perempuan kalau cantik fizikal saja tak guna ya! kena cantik mental,sahsiah,akhlak serta budibahasa.. kalau tak dak semua tu.... err......


ehh, lupa. yang karya seni pon dikira cantik juga. guna pi la peralatan apa, sapa yang berbakat tu pasti cantik hasil yang menarik.



Sampai disitu saja dulu. maaf pendek sangat. dah mngantuk ni. Assalamualaikum, selamat malam z.z


Wednesday 25 November 2015

Masa

    Assalamualaikum. :) selamat malam semua! Alhamdulillah... Anna baru ja lepas makan dan solat tadi. Anna dah solat & makan. korang?


 
     Pada entry kali ini, Anna berkenan sangat nak letak tajuk "Masa" bila terpandang jam yang cantik kat dinding tadi. tetiba rasa banyak sangat infirmation tentang masa.



     korang tau tak apa maksud PM atau AM ? ni adalah fakta am dalam bidang sains tentang masa. PM bermaksud Post Meridian manakala AM bermaksud Ante Meridian. Disebabkan nama panjang sangat,so kita pun pakailah nama nickname dia iaitu PM & AM. Believe me, tak ramai yang tau tentang ni. hehe...



    kita hanya mempunyai masa sebanyak 24 jam. Anna nak tanya satu ja kat korang juga diri Anna sendiri. Apa yang kita buat sepanjang 24 tu? Amalkah? Pahala atau dosa? Adakah kita jalankan ibadah wajib yang diperintahkan Allah?



   Tertanya tanya bukan?
    Self reminder jugak.



    Korang ada buat jadual? Anna ada. tapi agak carca marba nak ikut sebab banyak hal lain yang perlu diselesaikan. Dengan adanya jadual, hidup kita akan jadi lebih mudah dan senang. buat jadual ni,senang ake pon. tapi nak ikut tu yang susah tu. ada ja yang menghalang. ada hal la, ada "mat dan minah kacaw" (sapa lagi, adiks la). tapi selalunya sebab utama dia, malas la. hehe....



    "demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling
menasihati untuk kesabaran" (surah Al - 'Asr ayat 1 - 3)


ingatlah yang masa itu emas. mahal.
ingatlah yang masa itu umpama air. air sungai yang mengalir  tanpa henti. tak mampu untuk ditahan.
masa itu ibarat pedang. ia akan membunuh kita jika kita leka. lewat.


      itu saja untuk hari ini.
      terima kasih sebab membaca entry yang merapu         ni. XD
      Assalamualaikum.
      Night
      ♥


















Tuesday 24 November 2015

lawak

Assalamualaikum! ² Anna here all! baru balik dari Mydin, Bertam Perdana. kat mna? alaa... area Kepala Batas la. Hari ni agak bosan dari hari lain walaupun Anna kja menilau dari ptg & bersambung plak tadi. hehe... (dah ibu dgn abi bwak, follow ja la)



Anna memang tak tahu nak tulis apa untuk entry kali ini. dalam otak tak terlintas 1 pon perkataan yang menarik sampai pi tanya orang la mintak sebut satu perkataan. kot la menarik, boleh la amek buat tajuk entry.



Lawak. tu la tajuk entry kali ini. lawak ni ada bermacam jenis & lawak jugak sememangnya sinonim dengan perkataan "b*d*h" tapi kalau tak dak lawak, memang tak dengar manusia ketawa. dan bertambah la orang yang tak siuman...



selalunya orang yang buat lawak ni seorang yang bising dan tak reti² nak diam. believe me, hampa semua mesti ada punya kenalan yang macam tu. paling kurang pun satu. kan? ke....korang sendiri yang berperangai macam tu. hehe.. Korang jangan la risau, Anna pon sama saja. :3




lawak ni yang seronoknya bila kita buat lawak dan semua gelak. dapat kurangkan stress, tenangkan fikiran dan boleh jadi orang yang tengah dingin hubungannya dengan sahabat, keluarga dll brrtambah erat malah lebih erat dari sebelumnya. jangan tak tahu! lawak juga merupakan suatu pekerjaan! ia juga menjadi "periuk nasi" seseorang. contohnya, Nabil, Kumpulan Zero,Shiro,Sepah dan banyak lagi la group² yang ada. Mereka disukai kerana sikap mereka yang selamber dan lawak yang jadi kena dengan masa,tempat dan jugak keadaan.



tapi bila lawak ni terlampau sangat, ia boleh menyakitka hati sesiapa saja yang mendengar. ada kes yang membuatkan sang pelawak dan orang yang sakit hati tu bergaduh. masuk hospital pon ada. tak tau la kalau ada yang lebih daripada itu.


pernah sekali, kawan Anna gaduh sampai jadi kes la. bila tanya sebab apa, muncul la jawapan lawak. jadi hati² & berpadalah kalau nak berjenaka kerana kita tak tau, ada orang yang terguris hatinya ketika mereka mendengar lawak tersebut.



tak ambil peduli?


cuba bayangkan ada orang buat lawak, dah tu terkena batang hidung pulak. apa yang kita rasa?

think.


yang pasti, Anna nak kata kat sini, berlawak tu boleh. sebab Rasulullah SAW juga berlawak. tapi berpada. ingat ya. (:



Assalamualaikum
Selamat Malam
Night!
^_^




































Monday 23 November 2015

phone

Assalaamualaikum... apa khabaar semua??? sihat? Anna doakan agar semua orang sihat dan ceria serta berfikiran positif. In Sha Allah.... Amin :) maaf sebab Anna lewat buat entry. sepatutnya Anna buat entry sejak dari hari Sabtu lagi tapi disebabkan oleh sedikit technical problem, so dengan terpaksanya Anna  tangguhkan sehari.tapi "ter"ber hari - hari pulak. eheheheee....


phone terpilih sebagai tajuk entry kita pada kali ni. semua orang tahu macam2 kita boleh ulas tentang tajuk ini.lagipun, benda alah ni memang tak asing dalam kehidupan kita malah boleh dikatakan wajib  sebagai keperluan harian  sebab tu la Anna pilih ni. hehe...  kita jugak boleh pilih nak ulas kebaikan atau keburukan objek ini.


Antaranya kebaikannya ialah kita boleh mencri maklumat yang kita nak melalui internet la selalunya. dengan ini makin bertambah ilmu yang ada dan hidup makin up bila kita guna apa ilmu baru yang kita dapat. kita juga boleh menggunakannya untuk menghubungi number tertentu andai berlaku sebarang kecemasan. :)

bisnes pon boleh dilakukan hanya melalui phone ni. malahan abi Anna sendiri buat bisnes dengan hanya menggunakan phone dan beberapa application. dan Anna paling seronok bila tengok ramai ambil insiatif ini untuk ada income dekat diri sendiri. naseb baik Anna study lAgi. kalau Anna dah lama ajak abi atau ibu roll bisnes tau. :D


itu... keburukan... kebaikkannya? ;o



ni la dia. nak habaq pon rasa macam Anna pon ada buat jugak. tapi tu la manusia. sentiasa tak berhenti buat dosa.  korang pun sama. tak beza pun (maaf kalau terasa ya. tak terniat pun nak kata kat sesapa. self reminder (;




zaman sekarang dah canggih. science and technology. maju. zaman searang adalah zaman dimana orangg kaya menjadi lebih kaya dan orang miskin menjadi lebih miskin.Banyak applicationyang wujud dan semakin bercambah. ia bermula dari facebook. kemudian dimudahkan lagi dengan what app, iig,twitter, we chat, etc. banyak. cukup banyak. lebih daripaa bilangan jari yang ada kat tangan. tu yang ada di Malaysia. diluar Malaysia pula  bagaimana ya?




bermula dari situ la wujudnya budak hot, tak hot, budak rare, budak bajet dan sebagainya. selalu yaang terlibat dalam hal ni ialah para remaja yang sedang meingkat naik. akhlak,sahsiah &akidah baru nak suai masuk dalam diri. dan pada masa ni juga... mereka diuji. ibu ada cakap, duduk di Palestine yang selalu dihujani dengan peluru tu lebih selamat dari duduk di Malaysia ni. pada mulanya Anna tak faham... tapi bila  cikgu pula keluarkan fakta, para remaja yang duduk di Palestine tu lebih selamat dari kamu yang ada kat Malaysia. sebab mereka hanya perang fizikal, manakala kita perang iman dan juga nafsu. Anna dapat tangkap disitu. ujian kita lebih payah dari ujian orang2 kat Palestine.



dari phone la dimana akidah,akhlak,dan sahsiah diri kita boleh rutuh dengan mudah. perempuan dan lelaki berbual bebas tanpa ada alasan dan sebab yang munasabah. ada yang couple, ada jugak yang dikatakan TTM, teman tapi mesra. bab ni yang Anna nak sangat ulas bebanyak, tapi ayat tak reti nak atur. (hehe... biasa la orang BM tak A ni.yang tulis ni pon dah merapu dah)



masalah makin bertambah bila perkara macam ni yang membuatkan silaturahim kita antara satu sama lain berubah semakin renggang. bukan sesama rakan,bukan juga sesama kenalan, tapi dengan saudara juga bahkan ada yang bergaduh, berpecah belah akibat benda ni.Ya Allah...




apapun.conclusion yang kita boleh dapat disini ialah, phone ni ad baik dan buruknya tersendiri.kuasa dijemari kita. kita boleh buat pilihan untuk guna jari kita ni buat dosa atau pahala. jujur atau tipu. Anna sendiri mengaku. memang seronok menipu orang, tapi kat akhirat ....

think.
Assalamualaikum.
slaat malam.
:)







Monday 16 November 2015

realiti

Assalamualaikum. selamat petang semua! terima kasih buat sesiapa yang mengunjungi blog ni & baca entry yg ngarut & mrapu ni. Realiti merupakan tajuk entry kita pada hari ini.


Kenapa realiti ehh?


sebab pada zaman sekarang ni, kita sering keliru antara fantasi & realiti. malah Anna sendiri alaminya dari hari ke hari. banyak perkara yang mengundang kita mengalami perkara tersebut (wah! ayat!)



first. novel. well, spa x sukakan novel? Anna pon suka. sukar untuk mencari orang yang tak suka novel sekarang. majority mcty suka. tak kira jantina & umur. bdak darjah 2,3 pon dah start baca novel tau! mak budak waima nenek kepada budak tu pun dok baca novel jugak. genre novel yang dipilih juga bukan main. novel cinta kot! selalunya Anna keluar gi mart,makan² atau beriadah mcty akan ada orang pegang novel. yang membaca sambil jalan pon tak kurang.



novel ni ada baik & buruk dia tau. jangan chop reading  a novel was just wasting your time. no. baiknya novel ni, kita dapat belajar perkataan baru yang tak atau jarang kita dengar dalam pelbagai bahasa terutama BM & BI selain dari menghiburkan diri dengan menghayati watak & jalan cerita sesebuah novel. Kita secara automatic nak tau apa maksud perkataan tu. itu membuatkan kita nak semak balik dictionary Oxford atau kamus dewan Bahasa dll. ini membuatkan kita bertop up pembendaharaan kita & takkan terkial kial bila ada orang guna perkataan tu dalam kehidupan seharian. (ye la, dah tau maksud,kan)


itu baiknya. buruk ?


inilah dia perkara yang berkaitan dengan realiti ni. sesetengeh orang yang terpengaruh (terlalu menghayati watak / jalan cerita) dengan novel tersebut, biasanya akan terbawa  dengan sikap yang ada pada watak novel tersebut. kalau yang baik tak mengapalah. tapi begaimana sebaliknya? dan disini juga telah membuatkan identity sebenar seseorang itu hilang & bertukar sedikit demi sedikit & tak mustahil ia akan berubah sebijik macam sikap yang watak novel tu ada.



second, filem. yea... films action,romantic,fantasy etc. terutama film dari orang barat.


why? I love film very much!


action. police story lakonan Jackie Chan, Bodyguard lakonan Salman Khan, terminator lakonan gabenor tu dan dari negara kita sendiri pon ada tapi tak perlu kot nak sebut (nanti timbul spekulasi pulak) tanpa sedar hero dari film tu dijadikan idola. tanpa sedar juga, orang yang-minat-nak-mati terikut attitude & gaya mareka turut memberi impak dalam fesyen di Malaysia. kalau yang diikut tu semua attitude yang baik & murni² saja tak kalut la jugak. kalau yang murni tu nak kata apa?



mimpi juga merupakan salah satu perkara yang membuatkan kita keliru untuk membezakan yang itu adalah reality or fantasy. mimpi ni pulak ramai yang buat andaian. ada yang mimpi ni mainan tidur la, syaitan la, ada pula yang percaya mimpi ni petanda. so? yang mana satu? terserah kat korang Anna tak nak ulas tentang tu. yang pastinya, mimpi ni kalau ikut fakta sains la, ia merupakan sesuatu yang kita mahu atau takutkan atau inginkan tapi tak tercapai dalm kehidupan realiti. alllaaaa.... macam mat jenin tu la. berangan tak sudah. realitinya habuk pon tarak! jangan jadi macam tu ya! kalau yang lain tu, lain² punya pendapat, lain² punya cerita.



Dan disini Anna nak ingatkan bahawa, film,novel hanyalah rekaan semata mata. kita yang tengok,baca ni memang perferct, dah nama pun rekaan. ingat la yang kita ni tak ada yang maksum kecuali Rasulullah SAW. jangan la kita mudah terikut ikut dengan benda macam ni sampai lupa syarat, hukum hakam agama,peraturan itu & ini. tak mustahil benda alah macam ni direka untuk kita leka.kita alpa dengan suruhan - Nya. tak mustahil...



Baiklah. itu sahaja dari Anna pada petang ni. dah masuk Maghrib dah pun. Anna solat dulu ya? Assalamualaikum.
think
good night
:)


























































































Sunday 15 November 2015

percaya

Assalamualaikum. bertemu lagi kita hari ini! korang ok? kalau ada masalah, boleh share dengan Anna. nak komen boleh, post pon boleh. manalah tau boleh ringankan beban yang ada.


baiklah! entry ni berkenaan dengan percaya. oh! macam² Anna nak sebut tentang percaya ni. betapa besarnya impak perkataan ni dalam hidup seharian Anna. Korang semua pon.


first. percaya. korang percaya apa? I think of course Allah, Rasul, agama, negara yang sebijik dalam rukun negara & ikrar puteri Islam (hehe... Anna puteri Islam)


Selain dari tu... korang jugak percayakan mak ayah,1 family la katakan, cikgu, kawan dll. korang tak percaya? tapi Anna percaya.

pernah satu hari, time tu umur Anna baru 6 tahun, dalam tengah tahun jugak la, Anna ada buat perangai tak mau pi sekolah. ( dulu ja la sekarang tak dah nah!) disebabkan time tu Anna dengan ibu tengah dok depan kengkawan ibu, so ibu pon paksa jugak Anna pegi sekolah. sampai nagis bengkak la mata sebab nagih x berhenti. time Anna start jerit tak mau pi, semua pakat tengok Anna ja. (malu pulak bila ingat balik) then ibu pun cakap, kalau Anna gi sekolah hari ni, ibu beli kasut roda. memandangkan mende halah tu la yang Anna minat dulu dan Anna percayakan ibu dan Anna percayakan ibu sesangat time tu, so Anna pon pegi la sekolah. tengok² sampai sekarang pun Anna tak dapat lagi kasut roda dan still lagi ingat janji ibu. (tak tau la macam mana boleh ingat sangat janji tu)



Anna memang mudah nak percaya orang tetutama yang nak jadi kawan Anna ( dulu la). dekat orang luar tak brapa nak caya sangat. ya la, dulu cikgu la,ibu la, jiran la, selalu dok kata jangan dok ikut orang yang kita tak kenai rupa dan nama. tapi la ni, tak dah. ya la, sekarang ni paling susah nak cari kawan yang ikhlas nak kawan dengan kita bukan sebab rupa,harta dan popularity. susah. macam cari benang dalam timbunan jerami. payah.



Anna selalu percayakan seseorang sampailah orang itu sendiri menunjukan yang dia tak boleh dipercayai. sakit gak arr hati selalu macam ni. itu pun dulu jugak. sekarang tak dah. :)


anda semua bagaimana? percaya tak semua tu?



Anna tak halang korang percaya benda² pelik. cth : cerita dongeng, cakap orang tua². x la pelik mana tapi angan terlalu percaya sangat. x semua benar. orang lain pun, tak boleh percaya sangat. hatta sepupu, atau sapa saja yang ada pertalian darah dengan kita.


sebab apa?



sebab manusia zaman sekarang bertuhankan duit, harta, pangkat & kuasa. duniawi semata yang dikejar. bukan akhirat. so, be carefull with people around us. not all we can believe.


ok. itu sahaja setakat. tak larat nak taip bebanyak perkataan nak bahas segala benda ni. ok. Anna tidur dulu. Assalamualaikum. night! Zzz...